“Meskipun faktor kuantiti dan bilangan adalah penting, kita juga harus memastikan agar usahawan yang dilahirkan adalah berkualiti, mampu bersaing secara sihat dan perniagaan yang diusahakan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi sekaligus boleh menyumbang kepada bidang keberhasilan utama negara.”

 

“Usaha untuk menjayakan pembangunan usahawan dalam kalangan bumiputera sentiasa diberikan perhatian yang serius dan khusus oleh kerajaan.”

 

“Cabaran globalisasi dan liberalisasi kini mempengaruhi prestasi daya saing negara dan perkara ini menyebabkan setiap agensi perlu melihat semula peranan, strategi, dan program sedia ada secara holistik dan menyeluruh.”