Pesanan Ringkas Buat Pengundi Parlimen Titiwangsa; Kg Bharu-Kg Pandan-Dato Keramat.

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam negaraku Malaysia. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan tuan puan yang telah membantu saya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat Parlimen Titiwangsa selama 5 tahun yang lalu. Pada rabu ini, sekali lagi tuan puan diberi tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen P119 Titiwangsa. Saya berharap tuan puan akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk mewakili tuan puan bagi meneruskan khidmat bakti saya kepada warga Parlimen Titiwangsa. Saya akan terus membuka Pusat Khidmat Masyarakat saya untuk membantu masyarakat Parlimen Titiwangsa menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dalam kawasan untuk 5 tahun yang akan datang. Marilah kita bersama-sama keluar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Rabu ini. Saya berdoa agar tuan puan akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. Selamat Mengundi! Demi Negara Untuk Rakyat!-Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Posted by Johari Abdul Ghani on Isnin, 7 Mei 2018