
Assalamualaikum Waramatulahi Wa Barakatuh.. Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan tuan-tuan dan puan-puan yang telah membantu saya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat Parlimen Titiwangsa selama lima tahun yang lalu. Pada 9 hb Mei ini, sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan diberi tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Titiwangsa. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk mewakili tuan-tuan dan puan-puan.
Bagi meneruskan khidmat bakti saya kepada warga Parlimen Titiwangsa, saya akan terus membuka Pusat Khidmat Masyarakat saya untuk membantu masyarakat di Parlimen Titiwangsa. Untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dalam kawasan Parlimen Titiwangsa untuk lima tahun yang akan datang.
Marilah kita bersama-sama keluar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada 9 haribulan Mei ini. Saya berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. Selamat Mengundi!… Demi Negara, Untuk Rakyat !
Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani
Calon Barisan Nasional, Parlimen Titiwangsa (P119)