
“Kerajaan akan terus berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan rakyat tidak akan terpinggir untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan asas yang terbaik.”
“Kemerdekaan dan kejayaan yang telah kita kecapi hari ini adalah hasil usaha jerih perih perjuangan kita pada suatu ketika dahulu untuk menjadi negara yang bebas ditadbir dan diperintah sendiri oleh rakyat.”
“Adalah menjadi harapan saya agar komuniti 1Malaysia terus memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai pelbagai isu berbangkit yang ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab selain memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum dalam Komuniti ini.”