“Kita harus memastikan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sewajarnya, bagi memastikan mereka membesar dan menjadi tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan, lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi yang berasaskan teknologi.”

 

“Meskipun kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam menjayakan agenda dan dasar pendidikan negara setiap tahun, namun kerajaan amat  memerlukan bantuan dari semua pihak bagi melaksanakan aspirasi nasional ini.”