
“Kerajaan akan terus berusaha untuk mewujudkan suasana perkembangan ekonomi yang holistik, mampan dan inklusif untuk semua. Apabila persekitaraan sedemikian wujud, Bumiputera yang merupakan golongan majoriti akan menikmati kemakmuran ekonomi secara langsung.”
“Dalam merealisasikan matlamat ini, golongan Bumiputera harus bijak memanfaatkan segala peluang yang disediakan kerajaan dan harus bersedia untuk mempersiapkan diri dengan kepakaran dan “skill” yang diperlukan, lebih-lebih lagi di saat kita mula menjengah ke arah ekonomi digital tanpa sempadan.”