
“Para graduan harus bijak untuk melengkapkan diri untuk lebih kompetitif dan berdaya saing dalam pelbagai sektor.”
“Dalam era kini, pasaran pekerjaan menjadi sangat runcing dalam mendepani isu dan cabaran yang dihadapi oleh majikan dan pekerja yang mempunyai misi yang berbeza. Majikan ingin mendapatkan pekerja yang cekap, multi tasking dan dapat menyumbang kepada keuntungan tinggi. Jadi dalam memenuhi kehendak pasaran, para graduan harus bijak untuk melengkapkan diri untuk lebih kompetitif dan berdaya saing dalam pelbagai sektor.”
“Setiap daripada kita ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, terpulang kepada anda semua untuk menggunakan peluang anda di UKM ini untuk menjadikan diri anda yang terbaik dalam kalangan yang lain. Ini bukan sahaja memberi fokus kepada bidang akademik semata-mata, sebaliknya untuk menceburkan lagi diri dalam bidang-bidang lain yang berpotensi tinggi untuk menjamin peluang masa hadapan yang cerah seperti dalam bidang keusahawanan.”
“Pihak Kerajaan juga turut berusaha untuk memastikan graduan yang telah tamat pengajian dapat memenuhi pasaran pekerjaan tempatan. Antaranya dalam Bajet 2016, seperti program Skim Latihan 1Malaysia dengan kerjasama sepenuh oleh Syarikat GLC dengan peruntukkan berjumlah RM250 juta. Selain itu, peruntukkan sebanyak RM50 juta juga disediakan untuk tujuan pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan.”