
“Budaya celik kewangan bermula di rumah dan bermula dengan setiap indvidu.”
“sistem kewangan kita berada pada tahap yang kukuh dan baik. Dari segi kepelbagaian produk kewangan, terdapat pelbagai jenis produk yang tersedia yang merangkumi produk konventional dan produk kewangan shariah. Dari aspek keterangkuman kewangan (financial inclusion) pula, kadar peratusan yang direkodkan bertambah baik setiap tahun. Setakat 2016 misalnya, Bank Dunia mendapati bahawa 92% rakyat Malaysia mempunyai bank akaun yang aktif berbanding 87% pada tahun 2011.
“Majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai tahap celik kewangan atau “financial literacy” yang masih rendah menurut dapatan kajian yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia pada 2015. Dapatan kajian tersebut cukup merungsingkan, kerana tahap pengetahuan dan pengurusan kewangan yang rendah boleh mendatangkan pelbagai keburukan. Antara lain, kesan ini termasuklah komitmen bebanan hutang yang tidak berhemah, perbelanjaan di luar kemampuan, kegagalan untuk menabung bagi keperluan masa hadapan serta terjerumus dalam skim pelaburan yang tidak diiktiraf serta berisiko tinggi.
“Individu yang celik kewangan juga akan meneliti sebarang tawaran yang ditawarkan dan mempunyai pelan wang simpanan kecemasan dan jangka panjang. MEWUJUDKAN BUDAYA CELIK KEWANGAN.”
“Di pihak kerajaan, melalui kerjasama antara kementerian dan agensi yang terlibat, kita akan meneruskan usaha mendidik masyarakat, memudahkan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang terkini, mengurangkan masa maklum balas bagi setiap pertanyaan yang diterima, serta memaksimakan medium pendidikan di peringkat sekolah dan universiti sebagai platform utama bagi menyemai budaya celik kewangan.”
“Peranan individu turut menyumbang dalam pembinaan budaya celik kewangan. Setiap daripada kita mestilah bersikap proaktif untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan sekiranya memerlukan maklumat lanjut, membuat kajian sebelum melakukan pilihan serta melaporkan kepada pihak berwajib mengenai sebarang produk kewangan yang tidak diiktiraf.”