“Kerajaan komited untuk mewujudkan sebuah sistem pengangkutan awam yang cekap dan bersepadu yang mana bukan sahaja mampu mendorong kepada perkembangan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi, malahan turut meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat.”

 

“Kerajaan akan meneruskan usaha membangunkan infrastruktur yang relevan pada masa akan datang bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara.”

 

“Kerajaan percaya melalui pelaksanaan projek-projek transformasi pengangkutan awam ini, ianya bukan sahaja mampu memberi limpahan kepada ekonomi, malahan juga mewujudkan keterangkuman iaitu “inclusiveness” yang merupakan tunjang kepada pertumbuhan ekonomi untuk jangka panjang.”