“Dalam merancang dan melaksanakan dasar dan agenda pembangunan kerajaan, tentunya kita memerlukan penjawat awam yang bukan sahaja berpengetahuan dan terlatih, tetapi juga cergas, sihat, fokus dan komited kepada tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.”

 

“LADA telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai kemudahan sukan bagi menggalakkan penglibatan orang ramai khususnya masyarakat Pulau Langkawi untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti kesukanan sekaligus dapat mewujudkan jalinan jaringan masyarakat yang sihat dan bermanfaat.”