Shahril Hamdan

Shahril membincangkan bagaimana Malaysia mampu mencapai mentaliti kelas pertama di program NALS

National Aspiration & Leadership Summit (NALS) telah berlangsung pada 14 Febuari 2016. Persidangan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi inspirasi dan mengupas isu-isu yang relevan kepada para pemimpin muda di Malaysia termasuklah mahasiswa dalam dan luar negara. Shahril Hamdan telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam sesi “360 Standpoint: Mine, Yours and the Truth” di mana dia telah mengajak para pemimpin muda untuk mengubah mentaliti ke arah kelas pertama. Bersama-sama Shahril sebagai ahli panel ialah YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Elia Talib, Pengarah Urusan GRADUAN dan Saudara Rizmel Nazrin, Ahli Parlimen Belia Malaysia sebagai moderator.

Meskipun peratusan Bumiputera profesional telah meningkat daripada 5% pada 1970 kepada 51% pada 2008, lebih 40% daripada jumlah individu yang menganggur ialah lepasan universiti. Oleh itu para graduan digalakkan untuk meningkatkan kemahiran insaniah (soft-skills) mereka supaya mempunya peluang yang lebih tinggi untuk digaji. Shahril juga menggalakkan rakyat muda Malaysia untuk memastikan kesahihan sesuatu berita itu sebelum membuat konklusi.

Saya juga ada mengatakan Malaysia masih mempunyai sebuah kerajaan demokrasi berparlimen yang masih utuh. Daripada sudut politik, kita masih mempunyai satu sistem dua-parti (kerajaan & pembangkang) walaupun ia mungkin tidak sekuat seperti di Amerika Syarikat atau Britain. Tetapi saya amat yakin dengan kekuatan kerajaan untuk memacu negara kita mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 

Hampir 400 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan dan luar negara hadir pada sesi ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *