Pihak Edelman Malaysia telah menjemput Shahril sebagai salah seorang ahli panel membincangkan keputusan untuk membahaskan keputusan kaji selidik mereka yang bertajuk ‘2016 Edelman Trust Barometer: Malaysia result” di White Box, Publika pada 23 Febuari 2016. Berkongsi pentas dengan dia ialah tokoh-tokoh hebat seperti Jahabar Sadiq, Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Dushyanthan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, dan ahli akademik Dr Oh Ei Sun. Perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang sangat mendalam dan berwawasan.
Antara isu yang telah disentuh oleh Shahril ialah tentang isu kepercayaan rakyat tentang mana-mana kerajaan atau badan authoritative seperti di Amerika Syarikat dan Britain di mana tahap kepercayaan terhadap ahli-ahli politik mereka lebih rendah berbanding dengan Malaysia sepertimana dilaporkan oleh World Economic Forum (http://bit.ly/1vKWWJu). Walaubagaimanapun, perasaan sinis tersebut tidaklah bermakna kerajaan negara-negara tersebut gagal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan rakyat-rakyatnya. Sebaliknya ia bermakna rakyat-rakyatnya mula berfikir dan lebih cenderung untuk mengambil bahagian dalam proses penggubalan dasar.
Hampir 100 orang peserta termasuk pihak media telah menghadiri sesi ini. Antara laporan media adalah seperti berikut:
- Umno man explains democracy and distrust (Free Malaysia Today, 23 Febuari 2016:http://bit.ly/1LKldUm)
- ‘More informed people likely to be cynical of gov’t’ (MalaysiaKini, 23 Febuari 2016:http://bit.ly/1QCagp0)
- Trust in government lower in democratic countries, forum told (The Malaysian Insider, 23 Febuari 2016: http://bit.ly/1OBb4Jo)



Komen