Shahril Hamdan

Laporan Sesi Pendampingan Berkaitan Perjanjian Trans Pasifik (TPPA)

Pada 23 Mac 2016, Pemuda UMNO di bawah Biro Profesional Muda Pemuda UMNO Malaysia dan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein telah membentangkan laporan sesi pendampingan berkaitan Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) kepada sidang akhbar di Kelana Jaya. Laporan ini merangkumi 15 cadangan spesifik untuk tindakan pihak Kerajaan sebelum TPPA mula dilaksanakan menjelang tahun 2017. Kesemua cadangan tersebut meliputi 4 bidang utama iaitu (1) model CGE yg digunakan utk mengukur impak secara kuantitatif, (2) industri utama yg terkesan dgn TPPA, (3) Bumiputera, SBK, PKS, Perolehan Kerajaan, dan (4) tenaga kerja dan Penyelesaian Pertikan Pelabur (ISDS).Antara cadangan terpenting kami ialah untuk kerajaan mewujudkan satu sistem perolehan strategik kerajaan dan SBK untuk memastikan sebanyak mungkin nilai kontrak PKS Bumiputera tidak hanya jatuh ke dalam ‘kuota,’ sebaliknya ia lebih berdasarkan merit. Secara efektifnya, peratusan kontrak PKS Bumiputera akan menjadi lebih 30% dengan sistem ini.Laporan penuh ini boleh dimuatturun di pautan berikut:

1. Muat Turun Laporan TPPA
2. Tonton Sidang Media TPPA

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *