Shahril Hamdan

Jom Belajar Koding peringkat negeri Johor

perasmian JBK Johor 1

jbk johor 1

 

JBK peringkat negeri Johor telah diadakan di DK3, Blok L50, UTM Skudai, Johor Bahru pada 27-28 Mei 2016 yang lepas. Hampir 200 orang peserta telah menyertai program ilmiah yang percuma ini di mana mereka telah mempelajari beberapa bahasa koding yang asas seperti HTML, CSS, dan PHP. Paling seronok apabila melihat anak-anak muda seawal umur 13-14 tahun bersemangat untuk belajar pengaturcaraan.

Majlis Perasmian Jom Belajar Koding (JBK) peringkat Negeri Johor telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Ahli Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru. Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor Sdr Hahasrin bin Hashim, Ketua-ketua Pemuda serta Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian-bahagian Negeri Johor serta peserta-peserta program Jom Belajar Koding peringkat Negeri Johor.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penganjur bersama program JBK iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (MaGIC). Sokongan padu daripada mereka telah menjadikan program JBK satu kenyataan dan diharap mampu meningkatkan kebolehpasaran anak-anak muda Melayu.

 

perasmian JBK Johor 2 perasmian JBK Johor 3

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *