
Majlis Pelancaran program Jom Belajar Koding (JBK) telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah saudara Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia), Encik Ashran Dato’ Ghazi (Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC), S. Puvanesan (Ketua Pegawai Eksekutif Privasia Sdn. Bhd.), Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia, Ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri, Ketua ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahli Parlimen Belia Malaysia, wakil-wakil Rakan Sokongan, pihak media dan ramai lagi.
JBK merupakan ilham YB Khairy sendiri sepertimana disebut dalam ucapan dasar beliau sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia 2015 pada Disember lepas. Ianya adalah sebuah program hasil kerjasama di antara Biro Profesional Muda (BPM) Pemuda UMNO Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), dan Persatuan Aspirasi Pemimpin Malaysia yang mensasarkan penyertaan anak muda Melayu yang berumur di antara 13 hingga 30 tahun dari beberapa buah negeri terpilih untuk mempelajari asas-asas koding/pengaturcaraan.
Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan anak-anak muda Melayu kepada bahasa koding dan menunjukkan kepentingannya dalam meneraju bidang informasi dan teknologi (IT) pada masa hadapan. Di samping itu, program ini juga diharap dapat membantu mengurangkan tahap pengangguran dengan menapis golongan yang berbakat dalam koding untuk diambil bekerja atau diserap dalam program-program latihan intensif oleh agensi-agensi seperti MaGIC.
Antara liputan akhbar program pelancaran JBK ini seperti di bawah:




Komen