Menyahut seruan YB Khairy Jamaluddin untuk mengajar pengaturcaraan kepada anak-anak muda luar Bandar, Biro Profesional Muda (BPM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah melangsungkan program Job Belajar Koding (JBK) peringkat negeri Perak di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Ipoh pada 27-28 Ogos 2016 yang lepas.
Lebih 200 orang belia yang terdiri daripada pelajar dan lepasan sekolah menengah, kolej komuniti dan universiti serta golongan professional telah menyertai program ilmiah yang percuma ini dimana mereka telah mempelajari bahasa asas koding seperti HTML, CSS dan PHP.
Majlis perasmian JBK Perak telah disempurnakan oleh YB Datuk Aminuddin Haji Md Hanafiah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kawasan Hulu Kinta. Turut hadir pada majlis ini ialah YB Haji Mohamad Ziad Datuk Mohamed Zainal Abidin, ADUN bagi Kawasan Manjoi serta saudara Hairul Anwar Mohamed Noor, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Perak.
Selain itu, majlis perasmian ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ketua-ketua Pemuda, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian-bahagian Negeri Perak serta wakil-wakil daripada rakan-rakan sokongan JBK.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penganjur bersama program JBK iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (MaGIC). Sokongan padu daripada mereka telah menjadikan program JBK satu kenyataan dan diharap mampu meningkatkan kebolehpasaran anak-anak muda Melayu.



Komen