*AKAN DIUMUMKAN NANTI // Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya
APA ITU JBK HACKATHON?
JBK Hackathon 2016 merupakan acara kemuncak dan penutup bagi jelajah Jom Belajar Koding 2016 yang telah menemui generasi muda dari beberapa buah negeri iaitu Johor, Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Terengganu. JBK Hackathon 2016 akan terbahagi kepada 4 sesi utama iaitu: Kelas Lanjutan JBK, Cabaran JBK, Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK.
Cabaran JBK: Peserta-peserta terbaik daripada JBK peringkat negeri akan terpilih untuk mewakili negeri masing-masing dalam satu pertandingan berkumpulan dalam mereka cipta aplikasi atas talian seperti telefon pintar atau laman sesawang dalam masa 48 jam!
Makmal Idea JBK: Sesi perkongsian idea ala Ted Talk bersama tokoh-tokoh teknologi maklumat (IT), teknologi kewangan (fintech), dan keusahawanan yang ternama di Malaysia. Sesi ini akan terbahagi lebih lagi kepada empat iaitu sesi Kuasa Koding, sesi Inovasi-preneur, sesi Revolusi Biz Kreatif dan sesi Dunia Hujung Jari.
Pamer Sisi JBK: Pameran dan aktiviti menarik oleh lebih 50 syarikat, startup, dan universiti. Pengunjung akan diberi pendedahan tentang dunia IT, fintech, dan keusahawanan dan berpeluang untuk berlatihan industri atau bertemuduga oleh syarikat-syarikat yang berminat.
SOALAN LAZIM
Siapa yang boleh menyertai aktiviti-aktiviti di JBK Hackathon 2016?
JBK Hackathon 2016 terbuka kepada tidak kira sama ada anda graduan JBK atau tidak. Tetapi kami akan memberi keutamaan kepada para graduan JBK. Program ini juga tiada bayaran dan anda dialu-alukan untuk membawa rakan-rakan, ahli keluarga, dan teman istimewa tetapi harus mendaftar terlebih dahulu.
Adakah saya perlu membayar untuk makanan?
Ya, anda perlu membeli makanan sendiri daripada pelbagai lori makanan (food truck) yang akan disediakan sepanjang program JBK Hackathon.
Saya terpilih untuk menyertai Cabaran JBK tetapi saya tidak pernah menyertai Hackathon sebelum ini. Apakah persediaan yang perlu saya buat?
Anda akan mendapat emel daripada kami yang menyatakan anda terpilih sebagai peserta Cabaran JBK. Selepas itu, satu kumpulan fasilitator dari negeri anda akan menghubungi anda dan rakan-rakan peserta Cabaran JBK lain bagi menyediakan anda untuk menghadapi Cabaran JBK. Seorang fasilitator akan dilantik sebagai ketua bagi setiap negeri.
Adakah peserta kelas lanjutan JBK perlu membawa laptop sendiri?
Pihak penganjur akan menyediakan komputer riba untuk 200 peserta sahaja! Peserta lain mesti membawa membawa laptop sendiri dan sudah memuat turun perisian yang sepatutnya seperti Atom dan MAMP.
Siapa yang boleh menyertai Cabaran JBK, Makmal Idea dan Pamer Sisi?
JBK Hackathon 2016 merangkumi tiga sesi iaitu Cabaran JBK, Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK. Bagi Cabaran JBK, hanya peserta yang terpilih daripada JBK peringkat negeri sahaja yang dibenarkan bertanding. Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK adalah terbuka untuk semua.
Adakah program ini mengenakan sebarang bayaran?
Program ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran diperlukan. Anda hanya perlu mendaftar sebagai peserta bagi tujuan rekod kami.
Ada soalan yang masih belum terjawab?
Anda boleh emelkan pertanyaan anda ke koding@p.bafe.my/jbk atau boleh mesej kami di Facebook. Kami akan respon secepat mungkin
Pendaftaran Peserta JBK Hackathon 2016
ATURCARA
HARI PERTAMA
- 8.00 AM - 9.00 AMPendaftaran & Sarapan Pagi
- 9.00 AM - 10.30 AMKelas Lanjutan PHP / Pamer Sisi JBK / Pemberian Cabaran & Konsep Awal Produk
- 10.30 AM - 12.00 PMMajlis Perasmian Pembukaan
- 12.30 PM - 2.00PMRehat, Makan Tengahari & Solat
- 2.00 PM - 6.00 PMKelas Lanjutan JBK / Pamer Sisi JBK / Cabaran JBK bermula!
- 6.00 PMKelas Lanjutan JBK & Pamer Sisi JBK (Tamat) / Cabaran JBK (Diteruskan)
HARI KEDUA
- 8.00 AM - 9.00 AMPendaftaran & Sarapan Pagi / Cabaran JBK Diteruskan
- 9.00 AM - 10.30 AMMakmal Idea JBK I : Kuasa Koding
- 11.00 AM - 12.30 AMMakmal Idea JBK II : Inovasi-preneur
- 12.30 PM - 2.00 PMRehat, Makan Tengahari & Solat
- 2.00 PM – 3.30 PMMakmal Idea JBK III : Revolusi Biz Kreatif / Penilaian dan Pembentangan Cabaran JBK
- 3.30 PM – 4.30 PMMakmal Idea JBK IV : Dunia Hujung Jari
- 4.30 PM - 6.00 PMMajlis Penutupan JBK Hackathon & Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Cabaran JBK
AKTIVITI MENARIK
- Cabaran JBK
- Makmal Idea JBK
- Pamer Sisi JBK
- Bantu.my
- eUsahawan & eRezeki
- GoGet
- BloomThis
- Virtual Reality
- KFit
- Dan Banyak Lagi..
- Food Truck
**Speaker Jemputan untuk Makmal Idea JBK akan diumumkan nanti.
HADIAH CABARAN JBK
- Hadiah berbentuk Wang Tunai
- Hadiah berbentuk Wang Tunai
- Hadiah berbentuk Wang Tunai
- Hadiah berbentuk Wang Tunai
Ingin menjadi sebahagian daripada team sekretariat kami?
Makanan, T-Shirt, & Sijil akan disediakan untuk semua sukarelawan
DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWANHubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan JBK Hackathon, hubungi Sekretariat JBK Hackathon di talian 60 17-309 6471 (Azham) atau sila ajukan pertanyaan anda ke koding@p.bafe.my/jbk dengan melengkapkan borang di bawah:













