Mengenai Kami

“Apa juga cabaran pesakit kami, kami sentiasa ada membantu”

Komitmen Kepada Kualiti

Kemahiran dan Kemudahan Rehab360

Pasukan Rehab360 berusaha untuk memberikan terapi kepada pesakit yang memerlukan penjagaan jangka pendek atau jangka panjang. Kami akan merumuskan pengetahuan luas dan mendalam kami untuk menyediakan rehabilitasi pesakit secara optimum.

Rehabilitasi dan penjagaan kesihatan di Rehab360 bermula dengan penilaian pesakit dan berterusan sehingga kepada proses discharged. Semasa proses rawatan, Ahli Terapi Rehab360 akan memberikan penjagaan klinikal berkualiti tinggi dengan melaksanakan protokol klinikal yang telah terbukti berkesan.

Kami berusaha untuk menjalankan program rehabilitasi kepada pesakit-pesakit termasuklah :

Rehabilitasi Neurologi Dan Strok

Kepatahan & Kecederaan Sukan

Kanak-Kanak / Pediatrik

Penyakit Terminal Seperti Kancer

Penyakit Medikal

Penyakit Jantung & Paru-paru

Penjagaan Luka

Kelemahan fizikal

Program Kembali Bekerja

Komitmen Kepada Kualiti

Fasiliti Menggalakkan Berdikari; Memaksimakan Potensi

Pusat Rehab360 mempunyai kemudahan rehabilitasi yang lengkap dan terkini seperti Bilik Snoezelen, Gimnasium Fisioterapi, Toys Library dan lain-lain.

Kami turut menawarkan rawatan terus ke rumah atau komuniti di mana pesakit tinggal agar boleh menjalakan rawatan rehabilitasi dimana mereka berada.

Terapi360 boleh ke komuniti dan rumah pesakit. Antara kebaikan program rawatan seperti ini adalah berikut :

Mudah dan selesa

Privasi semasa rawatan

Penyelesaian kepada masalah pengangkutan

Mengekalkan Ahli Terapi yang sama

Corporate Partnership

“Kami Bekerjasama dengan Rakan Korporat/ Rakan Niaga Kami, Membawa Kekuatan, Pengetahuan dan Kepakaran Kami Kepada Mereka”

Di Rehab360, kami komited untuk membina hubungan baik bersama rakan korporat/ rakan niaga kami berdasarkan kepakaran dan sumber yang ada pada kami untuk memahami dan membantu mereka mengamalkan gaya hidup dan cara kerja yang sihat.

disesuaikan dengan keperluan setiap syarikat dan ini boleh menjadi sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam mempromosikan kehidupan sihat di tempat kerja. Kami menawarkan pelbagai bentuk senaman terapeutik, penjagaan kesihatan, gaya hidup sihat dan nasihat nutrisi pemakanan. Kami berharap dengan perkhidmatan ini, rakan korporat dan rakan niaga kami akan mendapat manfaat dengan gaya hidup yang lebih sihat dan tempat kerja yang lebih aktif.

Anda berminat dengan servis kami? Anda boleh hubungi kami sekarang!

Hubungi Kami di 017-2386181