Rawatan Kami

"Rawatan Menyeluruh Dan Perkhidmatan Terbaik”

1

Strok

Strok berpunca apabila kecederaan  berlaku di bahagian otak seperti salur darah tersekat atau pecah. Kecederaan/ Pendarahan ini mengakibatkan sebahagian tisu otak rosak dan gagal berfungsi. Simptom strok adalah seperti lemah di sebelah bahagian badan dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Individu yang diserang strok akan mengalami cabaran dalam pengurusan diri, emosi dan fizikal bahkan akan memberi kesan kepada ahli keluarga mereka. Program rawatan rehabilitasi di REHAB360 boleh dijalankan bagi membantu pesakit strok mencapai tahap pemulihan optima untuk mereka menjalani hidup dengan bantuan minimal dan mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

  • 01
    Program senaman untuk menguatkan otot
  • 02
    Program senaman kardiorespitori (jantung)
  • 03
    Latihan kesimbangan badan dan berjalan
  • 04
    Senaman koordinasi dan proprioception (sensori)
  • 05
    Program Terapi Carakerja seperti melatih semula untuk menjalankan aktiviti harian. Contohnya memakai baju dan sebagainya.
  • 06
    Program susulan bersama klien/ anggota keluarga

2

Sakit Sendi

Sakit sendi sering dihidapi oleh golongan warga emas dan masyarakat secara umum yang disebabkan oleh faktor umur meningkat, pergerakan sendi yang terhad serta fungsi otot dan tulang yang lemah. Sakit sendi biasanya berlaku lutut, bahu, pinggul, pinggang, leher, dan pergelangan kaki. Sakit sendi yang tidak dirawat pula akan menjadi penyakit kronik dan menyebabkan pergerakan seseorang itu terbatas serta kualiti hidup yang merudum. Rawatan yang ditawarkan di REHAB360 dapat mengurangkan sakit sendi dan dapat membantu seseorang memenuhi kehendak rutin harian secara ideal dan lebih yakin.

 

  • 01
    Rawatan menggunakan alat modaliti seperti Ultrasound atau TENS
  • 02
    Senaman menguat dan meregangkan otot pada sendi
  • 03
    Senaman keseimbangan dan proprioception (sensori)
  • 04
    Program Terapi Carakerja seperti melatih menggunakan motor halus untuk menjalankan aktiviti harian. Contohnya membutangkan baju dan sebagainya.

3

Sakit Belakang/ Slipped Disc

Sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang sering dialami oleh individu yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera, akan membawa kepada penyakit belakang yang leibih kronik dan . menyebabkan individu terbabit sukar menjalankan rutin harian dan menggangu kadar produktiviti/pekerjaan. REHAB360 mempunyai terapis terlatih untuk membantu mengurangkan kesakitan serta menguatkan struktur otot dan tulang belakang supaya anda dapat mengekalkan kesihatan belakang anda untuk jangka masa panjang.

Antara Rawatan Yang Boleh REHAB360 lakukan:
  • 01
    Senaman menguat dan meregangkan otot serta sendi
  • 02
    Terapi/ Urutan Manual Fisioterapi
  • 03
    Rawatan menggunakan alat modaliti seperti Ultrasound dan TENS
  • 04
    Latihan dan senaman postur badan yang betul

4

Kecederaan Sukan

Sakit atau kecederaan berkaitan sukan sinonim dengan mereka yang aktif dalam aktiviti sukan dan senaman gym. Perkara ini akan mengganggu rutin aktiviti harian dan menyebabkan penglibatan aktiviti sukan semakin terhad. Sakit yang dirawat dengan segera dapat meningkatkan kadar pemulihan dengan lebih cepat. REHAB360 menawarkan program rehabilitasi menggunakan pelbagai teknik rawatan dan senaman kepada semua kelompok masyarakat, tidak mengira tahap kecergasan seseorang.

5

Young Children Program (Paediatric)

Program Young Children (Paediatric) oleh Rehab360 adalah program khas untuk mengaspirasikan kanak-kanak istimewa yang boleh memberikan mereka kemahiran dan keyakinan untuk mencapai potensi penuh mereka. Program ini juga akan memberikan fokus kepada ibu bapa dan keluarga sepanjang proses rehabiltasi. Di Rehab360 Centre, kami menawarkan perkhidmatan Bilik Snoezelan Multisensory yang lengkap untuk anak anda di mana Ahli Terapi kami akan menjalankan program rehab yang terbaik untuk mereka. Diagnosis yang sesuai untuk program ini adalah :

  • 01
    Autisme
  • 02
    Kecederaan otak
  • 03
    Cerebral palsy
  • 04
    Kelewatan perkembangan kanak-kanak
  • 05
    Down Sindrom
  • 06
    Keadaan neurologi
  • 07
    Trauma ortopedik
  • 08
    Rehabilitasi selepas pembedahan

6

Program ‘Kekal Bekerja Kembali Bekerja’

Kembali bekerja selepas kecederaan atau kemalangan boleh menjadi proses yang sukar dan pemulihan tidaklah mudah. Anda mungkin merasa bersedia untuk kembali bekerja, tetapi tetap tidak pasti tentang majikan dan rakan sekerja yang lain. Bergantung kepada tahap kecederaan dan apa yang diperlukan secara fizikal di tempat kerja, ramai yang berasa khuatir untuk kembali bekerja. Apatah lagi jika kecederaan tersebut berlaku di tempat kerja. Rehab360 ada jawapannya dan ingin memberitahu bahawa semua ini adalah normal. Program ‘Kekal Bekerja, Kembali Bekerja, Pastikan Berjaya’ oleh Rehab360 akan dapat membantu menjadikan proses ini lebih mudah – Rehab360 akan membantu anda kembali bekerja!

7

Corporate and Business Partnership Program

WKami menawarkan Seminar Kesihatan Rehab360 di tempat kerja yang boleh disesuaikan dengan keperluan setiap syarikat dan ini boleh menjadi sebahagian daripada strategi jangka panjang dalam mempromosikan kehidupan sihat di tempat kerja. Kami menawarkan pelbagai bentuk senaman terapeutik, penjagaan kesihatan, gaya hidup sihat dan nasihat nutrisi pemakanan. Di Rehab360, kami menyediakan Ahli Terapi daripada pelbagai disiplin seperti Fisioterapi, Terapi Carakerja (Occupational Therapy), Pakar Pemakanan dan lain-lain profesional dalam penjagaan kesihatan untuk menjalankan:

  • Program latihan
  • Teknik relaksasi
  • Kerja Pemudahan
  • Konsultasi nutrisi pemakanan dan dietition; serta
  • Banyak lagi.