Ilmu pengaturcaraan bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu
26 & 27 MEI *TAMAT 29 & 30 OKTOBER *TAMAT* 27 & 28 OGOS *TAMAT 4 & 5 NOVEMBER *TAMAT* Jom Belajar Koding (JBK) adalah sebuah program yang dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikelolakan oleh Biro Profesional Muda (BPM) selama dua (2) hari untuk setiap sesi. Program ini mensasarkan 2,000 penyertaan anak muda di seluruh negara secara keseluruhan bertujuan bagi memberi pendedahan awal dalam penerokaan platform IT seterusnya menarik minat mereka meneraju ke arah masa hadapan IT. Kepentingan Belajar Koding Di zaman moden ini, ilmu koding bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu. Untuk mara kehadapan, anak-anak muda Melayu tidak boleh tertinggal lagi dalam M keempat ini. (Membaca, Menulis, Mengira, Mereka Kod). Kekurangan individu dalam kemahiran ini menyebabkan permintaan yang tinggi untuk pereka koding di negara ini. Apakah Pengkhususan Yang Akan Diajar? Program ini mengkhususkan kepada HTML, CSS dan PHP yang kebanyaknnya digunakan dalam pembangunan laman web Adakah Saya Perlu Mempunyai Sebarang Pengetahuan Koding? Tiada masalah kerana progam ini dikhaskan untuk individu yang tidak mempunyai sebarang latar belakang koding. Adakah Peserta Perlu Membawa Keperluan Sendiri? Pihak penganjur akan menyediakan komputer riba untuk para peserta tetapi peserta bebas untuk membawa kelengkapan persendirian Adakah Program Ini Mengenakan Sebarang Bayaran? Program Jom Belajar Koding adalah percuma dan terbuka untuk semua Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan Jom Belajar Koding, hubungi Sekretariat JBK di talian 60 17-309 6471 (Azham) atau sila ajukan pertanyaan anda ke koding@p.bafe.my/jbk dengan melengkapkan borang di bawah:
Kuasai ilmu koding, Bahasa yang mengubah dunia
JELAJAH JOM BELAJAR KODING 2016
Nantikan JBK di tempat anda. Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi!




INTIPATI JOM BELAJAR KODING
HARI PERTAMA (HTML & CSS)
HARI KEDUA (PHP)
SOALAN LAZIM
Hubungi Kami














