PROGRAM MILLENNIUM YOUTH 2018

Di pihak kerajaan, kita sentiasa mendokong agenda pembangunan dan kecemerlangan pendidikan sejajar dengan usaha menghasilkan lebih ramai modal insan yang berkualiti dan kompeten, yang akhirnya akan bertindak sebagai penggerak ke arah usaha kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju.

kita harus sentiasa peka akan kehendak pasaran kerjaya dan “global demand” bagi memastikan kita dapat memastikan anak-anak kita memiliki kualiti dan kemahiran yang diperlukan.

Kemahiran menguasai subjek-subjek ini sahaja tidak memadai, kerana pekerja yang berkemahiran tinggi dan perpengetahuan juga perlu memiliki “soft skills” khususnya kemahiran berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Justeru, saya galakkan anak-anak perlu membudayakan amalan “internship” atau perantis serta program latihan industri untuk mempelajari selok belok sesuatu industri dengan pantas, di samping membina jaringan profesional. Amalan internship ini sudah sememangnya dibudayakan di beberapa negara maju.

Selain memiliki ilmu pengetahuan, anak-anak juga perlu memiliki sahsiah yang baik dan jati diri yang kukuh. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mewujudkan persekitaran yang “supportive dan condusive” supaya anak-anak kita berasa yakin untuk menceburi sesuatu bidang dan menjadi insan yang berjaya.

23 Mac 2018 : Program Millennium Youth 2018, Titiwangsa, Kuala Lumpur