MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENGEDAR PROTON EDAR (PEDA) KE-19

Kerajaan sentiasa komited untuk memperkukuh dan menambahbaik kedudukan PROTON. Sejak awal penubuhannya lagi, pelbagai insentif telah disediakan oleh Kerajaan yang merangkumi bantuan kepakaran, bantuan kewangan serta khidmat nasihat.

PROTON telah menyediakan pelan pelaksanaan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan meningkatkan jumlah jualan. Selain itu, PROTON juga sedang menambahbaik kualiti ‘perkhidmatan selepas jualan’ atau ‘after sales service’ dengan memperkenalkan program bagi menaik taraf pengedar melalui skim insentif sokongan kepada mereka yang ingin menubuhkan pusat edaran 3S / 4S.

Justeru, dalam tempoh peralihan ini, saya berpandangan agar kedua-dua pihak iaitu pihak PROTON dan Jawatankuasa PEDA perlu meningkatkan saluran komunikasi dan perbincangan untuk memastikan kata sepakat dapat dicapai dengan cepat dan urusan perniagaan dapat berjalan dengan cekap tanpa gangguan.

 23 Februari 2017 : Mesyuarat Agung Tahunan  Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) Ke-19, Cyberjaya, Selangor