MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MYPRIHATIN JPJ MALAYSIA

“Kerajaan berhasrat dan kekal komited untuk membudayakan dasar amalan membantu rakyat secara pantas, bersasar dan berterusan.”

 

“Program MyPrihatin ini adalah tepat pada masanya; disamping membantu golongan miskin bandar untuk mendapatkan lesen memandu percubaan B2 pada kadar yang lebih murah, inisiatif ini juga turut berfungsi sebagai wadah untuk mendidik anak muda dan warga kota mengenai undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan selamat.”

 

“Inisiatif kerajaan ini dapat membantu merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan motosikal melalui program peningkatan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya.”