MAJLIS AMANAT TAHUN BARU MENTERI KEWANGAN II BERSAMA WARGA KASTAM

Dari segi kutipan GST misalnya, sejumlah RM 44 bilion telah berjaya dikutip pada tahun 2017 berbanding RM 41.2 bilion pada tahun 2016. Pungutan tahun lepas ternyata melebihi unjuran RM 42 bilion yang disasarkan bagi tahun 2017. Peningkatan ini secara langsung mencerminkan usaha berterusan JKDM dari segi pemerkasaan pemantauan, pemantuhan, penguatkuasaan, di samping proses pendidikan atau “awareness” yang berterusan dalam kalangan rakyat.

Di samping memperkasakan pembangunan infrastruktur dan kepakaran tenaga kerja, ekosistem perundangan dan penguatkuasaan yang efektif juga diperlukan bagi memastikan ekonomi digital ini dapat berkembang dengan baik. Sebagai badan penguatkuasa, JKDM turut memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan ekosistem yang kondusif ini.

Pencapaian-pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kejayaan JKDM dalam mengekang aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu gugat ekonomi negara, sebaliknya lebih daripada itu, ianya memberi “deterrent message” atau mesej amaran yang jelas kepada mereka yang berkenaan.

saya juga ingin menyeru Jabatan Kastam untuk melakukan “review exercise” bagi menilai semula peruntukan undang-undang dan skop kuasa yang sedia ada, termasuk kuasa untuk mendenda atau jumlah maksima kompoun masih bersesuaian dan berkesan dalam konteks keadaan semasa. Sekiranya perlu, saya bersedia untuk meneliti cadangan-cadangan yang berkenaan dan bolehlah kita sama-sama rancangkan langkah terbaik bagi meminda peruntukan sedia ada.

11 Januari 2018 : Majlis Amanat Tahun Baru Menteri Kewangan II bersama Warga Kastam, Putrajaya