Johari Ghani pertama kali hadapi pertandingan tiga penjuru
KUALA LUMPUR 28 April – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani bakal berdepan pertandingan tiga penjuru buat pertama kalinya di Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau akan berdepan calon gabungan pembangkang PKR, Rina Harun yang pertama kali bertanding dan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad yang pernah bertanding di kerusi Titiwangsa pada 2004 tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Astaman Abdul Aziz. Dalam keputusan PRU-13, beliau hanya berdepan calon Pas, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzami dengan majoriti 866 undi.
Pengesahan ketiga-tiga calon tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.119 Titiwangsa, Asiah Husin di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, hari ini. Pengumuman itu dibuat pada 10.45 pagi selepas kesemua kertas penamaan telah disemak dan tiada calon yang ditolak.
Sumber : Utusan Online; 28 April 2018